Walaupun tidak mendapat
pendidikan asas dalam bidang muzik, tapi keupayaan JS Kevin
dalam penulisan lirik dan gubuhan lagu sangat kreatif dan ada
nilai sentimental. Lagunya sering dinyanyikan oleh
kumpulan Wings seperti lagu Misteri Mimpi Syakila,
Potret Monalisa dan Bernafas Dalam Lumpur.
Malah JS Kevin juga adalah pengasas kepada kumpulan rock metal,
XPDC yang ditubuhkan pada tahun 1987. Selain itu JS Kevin juga
banyak menyumbangkan lagunya untuk kumpulan BPR, May, Mega,
Spoon dan Iklim.
PINJAM GITAR
RAKAN
Sebelum bergiat aktif sebagai
komposer Kevin terlebih dulu bekerja di pelantar minyak dan
banyak ilham lagu diperoleh ketika bekerja di tengah laut itu
dan sebelum itu minatnya terhadap muzik juga terdorong sejak
zaman persekolahan lagi. Mungkin dilihat aneh, tapi sejak awal
pembabitannya secara serius dalam bidang penulisan lagu, beliau
tidak mempunyai alat muzik sendiri walaupun gitar yang mana
lagu-lagu yang diciptanya seperti Mimpi Syakila, beliau hanya
meminjam gitar rakannya.
Sepanjang menjadi komposer dan
penulis lirik, Kevin menghasilkan lebih 50 lagu popular dan
pernah menjadi komposer residen di Life Records dengan jawatan
sebagai Penerbit Eksklusif serta Penulis dan Pencipta Eksklusif.
Antara lagu dan lirik karyanya ialah, Dia,
Hitam Bukan Impan, Hentian Ini.
CT Cinta Kenangan Silam, Teman,
Bernafas Dalam Lumpur, Anugerah,
Hijau Bumi Tuhan dan Airmata Jernih.
Beliau juga menggunakan pelbagai nama samaran lain seperti ZN
Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin.
Walaupun banyak menghasilkan
karya masterpiece seperti mana M Nasir, Kevin adalah seorang
yang meredah diri dan tidak suka kepada publisiti. Malah,
beliau juga jarang muncul di khalayak dan juga majlis yang
dianjurkan dan kemunculannya di sesuatu majlis dengan memakai
cermin mata hitam seakan menyorok identitinya dari padangan umum
dan sukar untuk wartawan menemuramah beliau.
Namun takdir menentukan.
Beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun kerana serangan angin
ahmar dan paru-paru berair. Beliau pergi buat selama-lamanya
pada 8 Ogos 2002 di rumah saudaranya di Taman Melur, Cheras,
Kuala Lumpur. Beberapa minggu sebelum itu kesihatannya sering
tidak menentu selain menghadapi masalah jantung. Jenazahnya
dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat bersebelahan
pusara ibunya.
ALBUM TRIBUTE
Sebagai penghargaan kepada
pembabitan, sebuah album tribute diterbitkan iaitu
Tangisan Di Gelanggang Fana yang menghimpunkan lagu
Kevin yang tidak pernah dirakam semasa hayatnya yang mengandungi
lapan lagu. Antara penyanyi yang terbabit dalam penerbitan
album berkenaan ialah Mus (May), Ali (Empire yang dulunya XPDC),
Joey (BPR), Asheed (DefGabC), Andy (Flop Poppy), Shamrin (Fotograf),
Ary (Fahrenheit), Ucop (Baji) dan Faizul (Rock Orang Kampung).
Sumber:
B * POP
(Berita Minggu, 24 March 2013)